fbpx

26 Januari 2022, 6:10 am

  TERKINI

Kehadiran murid ke sekolah kekal kaedah penggiliran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan kehadiran murid ke sekolah masih mengekalkan kaedah penggiliran dan tidak dilaksanakan secara berperingkat.

Menurut kenyataan KPM, pihaknya sentiasa memantau dan meneliti keadaan semasa pengoperasian  sekolah secara bersemuka sejak dibuka semula bermula  3 Oktober lalu.

Katanya, dapatan daripada pemantauan dan penelitian menunjukkan bahawa pengoperasian sekolah berjalan lancar dan teratur mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian  Sekolah 3.0. 

“Setelah mengambil kira dapatan ini serta situasi semasa  pandemik Covid-19, KPM memutuskan kehadiran murid pada kali ini  tidak dilaksanakan secara berperingkat namun mengekalkan kaedah  penggiliran. 

“Institusi pendidikan bawah KPM merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM  bagi kategori sekolah dan kategori pusat,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, berhubung pengoperasian sekolah bagi negeri Kedah, Perak, Perlis, Pulau  Pinang dan Sabah, kemasukan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta  kelas peralihan dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah  menengah adalah pada 21 November bagi Kedah dan lima negeri lain itu pada 22 November.

Katanya, kehadiran murid dalam kumpulan tersebut di sekolah harian adalah mengikut kaedah penggiliran. 

“Bagi murid di sekolah  asrama sepenuhnya pula adalah tanpa penggiliran. Perincian mengenai  kemasukan murid sekolah asrama sepenuhnya akan dimaklumkan oleh  pihak sekolah kepada ibu bapa/penjaga,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

POPULAR

KOSMO! TERKINI