Kancil rempuh warung, lelaki parah - Utusan Malaysia

Kancil rempuh warung, lelaki parah

KEADAAN kenderaan yang terlibat dalam kemalanagan di Kilometer 96, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang lelaki parah selepas dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kancil dalam kejadian di sebuah warung di Kilometer 96, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa berusia 27 tahun berada berdekatan sebuah motosikal jenis Honda RS yang terletak di hadapan warung tepi jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, sebelum kejadian, pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 63 tahun melanggar seekor anjing sebelum kenderaannya terbabas melanggar mangsa dan warung berkenaan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu warga emas dari arah Mersing menghala ke pekan Kahang.

“Apabila tiba di tempat kejadian dia melanggar seekor anjing yang melintas di jalan raya menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan. 

“Ia kemudian terbabas ke tepi jalan lalu melanggar sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan kedai makan tersebut serta menyusur masuk dan melanggar tiang di dalam kedai.

“Akibat kemalangan, penunggang motosikal iaitu seorang Ielaki yang ketika itu bersandar pada motosikal terbabit mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hang Seng berkata, pemandu kereta menerima rawatan sebagai pesakit luar dan tiada mangsa Iain yang terlibat dalam kemalangan terbabit yang mana kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.