Kanak-kanak 4 tahun cedera ditikam jiran di perut, paha - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 4 tahun cedera ditikam jiran di perut, paha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun cedera dipercayai ditikam jiran dalam kejadian di taman permainan di sebuah rumah pangsa di Jalan Loke Yew di sini semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.39 petang apabila pihak polis menerima maklumat berkaitan seorang kanak-kanak lelaki dicederakan dengan pisau di perut dan paha di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, susulan itu pihaknya pergi ke tempat kejadian dan mendapati mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Katanya, siasatan mendapat suspek yang juga warga emas berusia 80-an dikesan menyembunyikan diri di sebuah unit rumah pangsa tersebut.

“Suspek berjaya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Noor Dellhan, pihaknya masih menyiasat motif kejadian.

Jelas beliau, mangsa kini dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan dalam keadaan stabil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya