JPN beroperasi sempena PRN Melaka - Utusan Malaysia

JPN beroperasi sempena PRN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Ayer Keroh akan dibuka sempena hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Pengarahnya, Norazle Sulaiman berkata, ia adalah bertujuan membantu mereka yang kehilangan MyKad atau rosak memperbaharuinya dengan kadar segera.

Menurut beliau, inisiatif dan perkhidmatan tambahan yang diberikan JPN itu dapat menolong pengundi yang kehilangan MyKad melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Hanya JPN Ayer Keroh dibuka pada Sabtu ini dan perkhidmatan yang ditawarkan hanyalah untuk memperbaharui MyKad yang hilang atau rosak,” katanya di sini hari ini.

Norazle berkata, MyKad adalah dokumen pengenalan diri yang amat penting bagi seseorang pengundi, jika ketiadaannya mereka tidak dibenarkan untuk mengundi.

Justeru kata beliau, pengoperasian JPN adalah seperti biasa iaitu bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN negeri di talian 06-2326600 atau emel ke [email protected].

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN