‘Jangan bagi alasan harga barang naik normal’ - Utusan Malaysia

‘Jangan bagi alasan harga barang naik normal’

JIMMY PUAH WEE TSEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) digesa mengambil tindakan proaktif membendung isu kenaikan harga barang sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, perkara itu jika tidak diatasi segera akan menambahkan beban kepada masyarakat khususnya golongan B40.

Katanya, situasi berkenaan akan memberi tekanan ekonomi tambahan kepada mereka yang sedang berusaha untuk bangkit selepas berdepan pandemik Covid-19 sejak lebih setahun lalu.

“Dalam beberapa minggu ini hampir setiap hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan berita kenaikan harga barang. Selepas kenaikan harga ayam dan telur, kini rakyat mula terbeban dengan harga sayur yang naik melebihi dua kali ganda, kenaikan harga roti dan paling baharu harga alat ganti kenderaan naik sehingga 60 peratus.

“Bagi mengelak harga barang terus naik tidak terkawal, saya menggesa kerajaan melalui KPDNHEP dan MAFI segera mencari jalan penyelesaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kementerian terlibat perlu segera turun padang memantau harga dengan agresif selain melaksanakan penguatkuasaan undang-undang tertentu bagi mengawal harga barang serta memperkasa pendidikan penggunaan kepada rakyat.

“(Kerajaan) Jangan sesekali beri jawapan yang boleh tambah kerisauan dan derita rakyat seperti ‘kenaikan harga barang adalah normal’. Ketahuilah bahawa rakyat tak nak dengar alasan sebaliknya perlu satu penyelesaian pantas daripada kerajaan,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN