Jamil Khir dilantik Penasihat Agama PM? - Utusan Malaysia

Jamil Khir dilantik Penasihat Agama PM?

JAMIL KHIR BAHAROM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Semalam tular di media sosial berhubung pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri.

Perkara itu bermula menerusi poster ucapan tahniah yang dimuat naik oleh para pemimpin UMNO Kedah termasuk oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff.

“UMNO Bahagian Sungai Petani merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom di atas perlantikan Sebagai Penasihat Agama Kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Semoga Yang Berbahagia Datuk Seri dapat melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan cemerlang,” kata Shahanim dalam Facebooknya semalam.

Jamil Khir sebelum ini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam ketika era pentadbiran kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya