Ismail Sabri PM untuk rakyat Malaysia, bukan PM untuk UMNO - Utusan Malaysia

Ismail Sabri PM untuk rakyat Malaysia, bukan PM untuk UMNO

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada Perdana Menteri agar berlaku adil dalam aktiviti berkempen ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Jelasnya, sebarang prosedur operasi standard (SOP) tidak harus berat sebelah kerana masalah yang berlaku di Melaka adalah berpunca daripada kerajaan negeri UMNO sendiri.

“Kita rasa kesal dengan keputusan UMNO Melaka yang tidak fikir panjang kesannya. Mereka mulakan punca ini, bebankan rakyat, susahkan rakyat kemudian nak suruh pilihan raya. Tapi tidak boleh kempen, tidak boleh jumpa orang. Ini pilihan apa?

“Tapi saya dengan Perdana Menteri dah bagi jaminan menjelaskan tentang SOP. Naik lori, cakap seorang diri, selepas itu kena denda RM10,000?

“Yang makan punya ramai orang, ada majlis itu tidak denda? Ini negara apa? Darjat apa yang mereka wakil? Saya tidak setuju sama sekali kalau pilihan raya dibuat dan dibiarkan, saya faham perkara ini mungkin sensitif bagi Perdana Menteri. Tapi dia Perdana Menteri bagi rakyat Malaysia, bukan Perdana Menteri untuk pemimpin UMNO sahaja,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin (PKR-Hang Tuah) mencelah perbahasannya dengan menyatakan ketidakpuasan hati apabila dikenakan denda pada semalam ketika menjalankan aktiviti berkempen meskipun tiada orang yang hadir.

“Dua hari lepas kena kompaun RM10,000 kempen, tapi tidak ada orang hadir. Orang duduk dalam rumah dengar pun kena kompaun. Jadi Perdana Menteri ada di sini, kita minta tolonglah, macam mana nak pilihan raya kalau tidak boleh kempen?

“Malam ini ketua pembangkang rasmi kita punya bilik gerakan secara maya, punya nak hormat, nak jaga SOP, ini pilihan raya apa nama ni kalau tidak boleh kempen?” soalnya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan menetapkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang mulai 25 Oktober hingga 27 November 2021.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, larangan itu ditetapkan meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) PRN dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN