[VIDEO] Ibu ajar anak dibesar di AS mencarut dalam Bahasa Melayu - Utusan Malaysia

[VIDEO] Ibu ajar anak dibesar di AS mencarut dalam Bahasa Melayu

TULAR dalam media sosial mengenai wanita mengajar anak-anaknya yang dibesarkan di Amerika Syarikat mencarut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Demi sebuah isi kandungan video Youtube, seorang ibu sanggup mengajar anak-anaknya yang membesar di Amerika Syarikat dengan kata-kata makian atau mencarut dalam Bahasa Melayu.

Ini kerana kedua-dua anaknya tidak mengetahui langsung akan penggunaan bahasa ibunda mereka sendiri.

Namun, amat memalukan kerana bahasa ibunda yang diajar kepada kedua-dua remaja ini adalah dengan menggunakan kata-kata makian atau mencarut.

Antara kata-kata mencarut itu ialah ‘kepala bu&*#’, ‘puk&m#5=%’ dengan ‘mamp#*lah engkau’.

TULAR dalam media sosial mengenai wanita mengajar anak-anaknya yang dibesarkan di Amerika Syarikat mencarut.

Bagaimanapun, terdapat warganet yang mengeji perbuatan wanita tersebut yang dianggap menghina budaya Melayu dan rakyat Malaysia.

Paling menghampakan, tindakan wanita itu turut menjadi bahan hiburan warganet dan ramai yang tidak menganggap perkara itu sebagai satu perkara yang sensitif.

Matlamat wanita tersebut yang ingin mengajar anaknya menggunakan Bahasa Melayu tidak menghalalkan cara apabila menggunakan perkataan-perkataan kesat.

Bagi penulis, jika ingin mengajar penggunaan perkataan kesat, sepatutnya ia tidak dirakam atau disiarkan kepada umum kerana ia akan menjejaskan integriti bahasa Melayu itu sendiri selain ia tidak selari dengan adab orang Melayu yang kaya budi bahasa dan kesopanan.

“Benda tak elok, no matter how normal it is, no matter how many people doesnit, tetap tidak elok,” ciapan afaizrosli di laman Twitternya.

A cursing aunty? Not cool. This will never be funny to the civilized people. Don’t curse just to look cool or be funny. I don’t want to curse but sometimes I slipped my tongue and do. But don’t normalize vulgar,” ciapan azhxro.

“The people ‘butthurt’ at this actually probably just tak suka that it’s a woman cursing,” ciapan appapams.

“Haha, muka dia frust anak dia tak boleh sebut, kalau mak lain mahu kena cabai dah mulut,” ciapan srytlhsn.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN