Harta pusaka perlu ditadbir dengan cekap - Utusan Malaysia

Harta pusaka perlu ditadbir dengan cekap

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL merasmikan sistem Faraid Simple Tier (eFaST) oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) secara dalam talian di Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pengurusan harta pusaka bagi orang Islam perlu ditadbir dengan cekap dan baik supaya pihak yang layak mendapatkan haknya sebagaimana ditentukan dalam hukum faraid. 

Justeru, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan umat Islam di negara ini agar tidak melengah-lengahkan urusan pembahagian harta pusaka kerana ia boleh merugikan ekonomi mereka sendiri.

Titah baginda, berdasarkan laporan akhbar sebelum ini, hampir RM70 bilion nilai harta pusaka dengan majoritinya milik orang Melayu Islam di negara ini tidak dituntut sejak negara mencapai kemerdekaan hingga kini.

“Sikap melengah-lengahkan urusan pembahagian harta pusaka perlu dikikis di dalam diri masyarakat kerana ia akan merugikan ekonomi umat Islam itu sendiri,” titah baginda ketika merasmikan sistem Faraid Simple Tier (eFaST) oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) secara dalam talian, di sini hari ini.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin berkata, inisiatif aplikasi sistem eFaST tersebut diharap bakal menjadi antara langkah awal ke arah pembangunan digital. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN