Haris dilantik SUK Selangor baharu - Utusan Malaysia

Haris dilantik SUK Selangor baharu

HARIS KASIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Selangor baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau menggantikan Datuk Nor Azmie Diron yang berkhidmat sejak 3 Februari lalu.

Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor dalam kenyataan ringkas mengucapkan tahniah atas pelantikan berkenaan.

“Tahniah Yang Berhormat Datuk Haris Kasim atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,” kata kenyataan itu yang dimuat naik dalam Facebooknya hari ini.

Haris sebelum ini adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kemudian dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 7 Januari 2019.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor pada 15 Mac lalu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN