fbpx

9 Disember 2021, 6:11 pm

  TERKINI

Harap Perak dapat ganjaran lumayan

SKUAD Perak meraikan kejayaan mereka mempertahankan gelaran Piala Tun Abdul Razak bagi musim ini.- IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persatuan Hoki Perak (PHP) berharap menerima ganjaran tambahan lumayan dari kerajaan negeri selepas muncul juara Piala Tun Abdul Razak 2021, baru-baru ini.

Presiden PHP, Sayuti Samat berharap ganjaran kali ini wajar ditambah kerana ia kali kedua berturut-turut Perak muncul juara.

“Musim lalu kami menerima RM 45,000 selepas muncul juara, kali ini saya berharap pertambahan ganjaran kerana tiada persatuan sukan lain Perak menempah kejayaan.

“Piala Razak adalah kejuaraan berprestij, sama seperti Piala Malaysia dalam Bola Sepak.

“Jadi bagi segala kesungguhan dan pengorbanan pemain sewajar mereka menerima habuan lumayan,” katanya.

Menurut Sayuti, bliau sudah berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Khairul Shahril Mohamed mengenai imbuhan tambahan itu.

“PHP berharap kerajaan negeri akan mempertimbangkan rayuan kami ini,”katanya .

Perak menumpaskan Pahang 2-1 pada final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil untuk mengekalkan gelaran.

Kemenangan dalam edisi ke-49 tersebut membolehkan Perak merekodkan gelaran ke-11 keseluruhan sepanjang penyertaan dalam saingan Piala Tun Abdul Razak.

Tahun lalu, Perak muncul juara selepas menundukkan Terengganu 4-2 dalam aksi final.

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN