GV8: Jangan ada drama murahan okay? - Utusan Malaysia

GV8: Jangan ada drama murahan okay?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nampak gayanya, program Gegar Vaganza (GV) kembali lagi. Semestinya itu adalah antara salah satu program yang ditunggu ramai. Maka bermulalah ‘pertarungan’ nyanyian dan vokal antara 13 peserta.

Poklip cuma harap semoga musim kali ini tidak ada drama murahan. Tidak ada cerita dalam kain orang itu dengki sana dengki sini. Tidak ada yang menafikan bakat sesiapa atau bergaduh sesama peminat.

Bukan apa, GV adalah satu program yang besar. Walaupun ada beberapa anak seni kurang setuju dengan program itu tetapi kita dapat lihat, ramai juga penyanyi yang kembali ‘bernafas’ selepas menyertai GV.

Mahu atau tidak, kita perlu akui program ini mempunyai pengaruh dan membuka peluang. Memang ada yang tetap sepi walaupun bergelar juara tetapi, nama pun rezeki. Kita mahu buat macam mana.

Harapnya 13 peserta yang terlibat akan bersaing seadilnya. Malah, penjurian juga harusnya adil dan tidak ada unsur favoritism. Bukan Poklip nak dawa sebelum ini ada, cuma kita dengar sahaja soseh soseh kan.

Peminat pun satu, jangan melaga-lagakan artis kesayangan anda. Masing-masing ada kelebihan dan kekuatan sendiri. Malah, keberadaan mereka dalam industri pun atas identiti sendiri.

Jangan pula cakap yang itu tiru yang ini, yang ini tiru yang itu. Eh bosanlah drama begitu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN