Gandingan Hadi -Tuan Ibrahim kekal memimpin Pas sesi 2021-2023 - Utusan Malaysia

Gandingan Hadi -Tuan Ibrahim kekal memimpin Pas sesi 2021-2023

HADI AWANG dan TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Presiden dan timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man terus mengekalkan jawatan itu dalam pemilihan Muktamar Pas ke-67 .

Dalam sidang akhbar Muktamar Tahunan PAS Ke-67, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kedua-dua mereka telah menang tanpa bertanding menerusi pemilihan sesi 2021-2023.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, ia menyaksikan empat pencalonan termasuk seorang muka baharu bagi merebut tiga jawatan berkenaan.

“Tiga daripada mereka adalah penyandang sebelum ini, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah; dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Seorang calon baharu adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum ini, Dr Mohd Zuhdi Marzuki,” katanya. 

Selain itu, parti itu dijangka akan memilih 18 orang Ahli Jawatankuasa Pas Pusat daripada menerima 36 pencalonan yang akan bertanding untuk mengisi 18 kedudukan dalam Ahli Jawatan Kuasa Pas Pusat.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang sebelum ini dicalonkan bagi bertanding sebagai Naib Presiden menarik diri daripada merebut jawatan itu.

Hussin Ismail dan Kamal Ashaari juga menang tanpa bertanding bagi mempertahankan jawatan masing-masing sebagai Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.

Takiyuddin berkata, Muktamar Tahunan ke-67 yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di Kuala Terengganu akan diadakan secara hibrid.

Muktamar pada kali ini menyaksikan seramai 694 daripada 1,546 perwakilan akan hadir secara fizikal manakala selebihnya secara dalam talian. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN