Faktor hujan, sejuk melampau punca harga sayur naik  - Utusan Malaysia

Faktor hujan, sejuk melampau punca harga sayur naik 

MOHD. RIDZWAN AB. GHAPAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri mengesahkan faktor kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini berpunca daripada cuaca dan hujan yang tidak menentu.

Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memaklumkan bekalan sayur-sayuran di pasaran negeri ini berkurangan serta berlaku kerosakan sayur-sayuran milik petani di Cameron Highland, Pahang.

“Selain itu, bekalan sayur-sayuran import turut berkurangan ekoran negara pengeluar mengalami keadaan cuaca sejuk melampau serta kenaikan kos pengangkutan kontena dari negara asal.

“Sehubungan itu, Seksyen Penguat Kuasa KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan dan menyerahkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) ke atas pengimport serta  pemborong sayur bagi mendapatkan maklumat harga sayur-sayuran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa KPDNHEP dan FAMA menyelesaikan segera isu kenaikan berganda harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini.

Ini berikutan harga sayur-sayuran kini meningkat sehingga mencecah 200 peratus sejak dua minggu lalu sehingga membebankan para peruncit di negeri ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya