Enggan beri pandangan, Britney Spears kecewa reaksi Christina Aguilera - Utusan Malaysia

Enggan beri pandangan, Britney Spears kecewa reaksi Christina Aguilera

Britney menyifatkan tindakan Christina tidak ubah seperti satu penipuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bintang antarabangsa, Britney Spears kecewa dengan reaksi penyanyi hebat, Christina Aguilera berhubung perintah penjagaan dan kawal selia yang mencengkam hidupnya selama 13 tahun.

Lapor portal AV Club, Spears, menerusi Instastorynya, meluahkan rasa kesal dan menyifatkan tindakan Christina itu seperti satu penipuan gara-gara keengganannya bersuara berhubung perkara tersebut.

“Saya menghargai dan menyayangi mereka yang menunjukkan sokongan kepada saya. Tetapi, tidak bersuara ketika anda mengetahui kebenaran tak ubah seperti satu penipuan!

“13 tahun dicengkam sistem penderaan, adakah masih sukar untuk sesetengah orang bercakap tentangnya?

“Saya melaluinya! Mereka yang bersuara dan menyokong saya, terima kasih…ya, saya amat menghargainya!” tulisnya.

Terdahulu, Christina terpaksa mengelak daripada mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan apabila disoal wartawan ketika menghadiri sesi karpet merah anugerah Grammy Latin baru-baru ini.

“Saya tidak boleh (komen), tetapi saya gembira untuknya,” katanya.

Spears bebas sepenuhnya selepas perintah penjagaan dan kawal selia yang dikendalikan ayahnya sejak 13 tahun lalu berakhir awal bulan ini.

Keputusan itu dibacakan hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Brenda Penny selepas pendedahan demi pendedahan dibuat berhubung salah laku yang berlaku sepanjang perintah tersebut dilakukan terhadap penyanyi berkenaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN