Djokovic belum pasti ke Terbuka Australia - Utusan Malaysia

Djokovic belum pasti ke Terbuka Australia

NOVAK DJOKOVIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Novak Djokovic enggan mengesahkan sama ada dia akan bertanding di Terbuka Australia atau sebaliknya selepas tersingkir di separuh akhir ATP Finals, semalam.

Harapan pemain No. 1 dunia itu untuk mara ke pentas akhir buat kali kelapan dalam kejohanan penutup musim ini musnah selepas tewas kepada pemain pilihan ketiga, Alexander Zverev, yang mencatatkan kemenangan 7-6, 4-6, 6-3.

Ketika ditanya adakah pemain Serbia itu sedia untuk mempertahankan gelaran di kejohanan bertaraf Grand Slam tersebut, Djokovic membalasnya: “Kita tunggu dan lihat.”

Jelas Djokovic, dia masih belum berkesempatan untuk bertanyakan kepada penganjur berhubung keperluan semasa terutama kewajipan pengambilan vaksin untuk menyertai Terbuka Australia.

“Saya belum berjumpa dengan mereka (penganjur). Saya hanya mahu menunggu untuk mendengar apa berita yang akan berlaku.

“Buat masa sekarang, saya hanya perlu tunggu dan lihat,” kata Djokovic yang terdahulu mengkritik pengambilan vaksin untuk menyertai Terbuka Australia sambil menyifatkan ia sebagai pilihan.

Sementara itu, Zverev turut berharap juara juara sembilan kali Terbuka Australia itu dapat menyertai kejohanan yang akan berlangsung di Melbourne Park, namun menghormati segala syarat yang diingini tuan rumah.

“Ia sangat mencabar kerana ada campur tangan politik. Namun kita perlu menghormati tuan rumah. Ia bukan berkaitan tenis sepenuhnya. 

“Ia berkaitan virus yang sedang melanda. Kami perlu mengikut peraturan dan garis panduan,” kata Zverev.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya