Didakwa rogol: Dua lelaki tampil serah diri - Utusan Malaysia

Didakwa rogol: Dua lelaki tampil serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan dua lelaki yang didakwa merogol seorang wanita menerusi satu gambar yang tular dalam media sosial sejak kelmarin tampil menyerah diri, semalam.

Kedua-dua mereka berusa 31 sehingga 38 tahun hadir ke Balai Polis Putra Heights dekat sini kira-kira pukul 6 petang.

Penahanan itu disahkan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung perkara itu.

“Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) masih giat menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, polis dilapor mengesan dua lelaki yang didakwa merogol seorang wanita menerusi satu gambar yang tular dalam media sosial.

Ini susulan laporan polis dibuat mangsa kira-kira pukul 8.06 malam kelmarin yang mendakwa dirogol dua lelaki tidak dikenali.

Kejadian dipercayai berlaku pada 17 November kira-kira pukul 9 malam apabila mangsa serta rakan-rakan sedang berhibur di sebuah kelab di ibu negara.

Perbuatan itu berlaku selepas mangsa dikatakan mabuk dan dipercayai  diberikan minuman yang disyaki mengandungi dadah.

Mangsa kemudian dibawa okedua-dua suspek ke sebuah hotel di ibu kota bersama seorang lagi rakan mangsa.

Mangsa menyedari dirinya dirogol selepas dimaklumkan oleh rakan mangsa.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan diklasifikasikan sebagai kes rogol. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya