Dia layan anak saya tak nampak ‘fake’ - Farra Inalis dedah sebab pilih Caprice - Utusan Malaysia

Dia layan anak saya tak nampak ‘fake’ – Farra Inalis dedah sebab pilih Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi rap sensasi, Caprice, Farra Inalis, tampil mendedahkan sebab mengapa memilih penyanyi itu sebagai teman hidupnya.

Menerusi program popular, MeleTOP, Farra berkongsi sifat keperibadian suaminya itu buat pengetahuan umum untuk penonton rancangan berkenaan.

Menurutnya, penyanyi lagu Xde Hal Bro itu seorang yang sangat penyayang sekali gus ia menjadi punca utama mengapa dia yakin untuk memilih pempengaruh sensasi itu sebagai pasangan hidupnya.

“Alasan yang kuat adalah kerana Caprice ini seorang yang sangat penyayang dengan budak. Jadi, dia berjaya memenangi hati saya dari oleh sebab itulah.

“Caprice dengan anak saya juga sangat rapat. Dia juga selalu membawa anak saya membeli barang permainan.

“Selain itu, bila kita keluar makan bersama, dia melayan anak saya tidak nampak palsu. Jadi, maknanya dialah orangnya,” kongsi Farra ketika ditemu bual pengacara.

Dalam pada itu, Caprice juga berkongsi banyak cabaran dan ujian yang terpaksa dihadapi untuk menghalalkan hubungan mereka.

Tambahan pula, Farra memberitahu keluarga suami tercintanya turut memainkan peranan dalam memberikan semangat untuk menenangkan penyanyi itu berhubung kontroversi yang pernah dilaluinya.

Sekadar informasi, Caprice mengesahkan telah selamat bernikah dengan seorang ibu tunggal itu, pada tanggal 15 November lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.