Dasar Kabotaj: Ka Siong sangkal dakwaan Guan Eng - Utusan Malaysia

Dasar Kabotaj: Ka Siong sangkal dakwaan Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada pelaburan digital yang hilang akibat pelaksanaan semula Dasar Kabotaj yang diperkenal semula tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong turut menafikan dakwaan Pakatan Harapan (PH) kononnya RM12 bilion hingga RM15 bilion hilang akibat pelaksanaan semula dasar untuk kerja-kerja pembaikan kabel dasar laut.

Malah, beliau berkata, kerugian tidak dapat dibuktikan dengan hanya berpandukan pendedahan bekas Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Dr.Rais Hussin.

“Jadi bagaimana wujudnya dakwaan yang mengatakan RM12 bilion hingga 15 bilion hilang. Malah ia juga tidak dapat dibuktikan dengan secara saintifik,” katanya dalam ‘Debat Kabotaj Negara’ bersama Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng yang disiarkan secara langsung di TV3 dan Astro Awani malam ini.

Dalam debat tersebut, turut dipaparkan rakaman video sebelum ini yang menunjukkan Ka Siong sedang mengadadakan perbincangan bersama Naib Presiden NTT Ltd. Jepun, Yoshio Sato.

“Tidak ada isu besar mengenai dasar kabotaj Malaysia. Kami mempunyai undang-undang yang sama di Jepun dan Indonesia,” kata Yushiro.

NTT Ltd. Jepun adalah syarikat Jepun yang terlibat dalam projek kabel dasar laut Apricot dan projek MIST (Malaysia, India, Singapura, Thailand) yang dijangka siap pada suku keempat tahun depan.

Diperkenalkan pada Januari 1980, dasar kabotaj untuk kerja pembaikan kabel telah dibatalkan oleh bekas kerajaan PH pada April 2019, yang mengecualikan kapal yang terlibat dalam kerja pembaikan dan penyelenggaraan kabel dasar laut daripada perlu memohon lesen perkapalan domestik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN