Cucu PM curi perhatian umum ketika Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2021 - Utusan Malaysia

Cucu PM curi perhatian umum ketika Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2021

JEANELLE Nika Mandagie berpimpin tangan bersama Ismail Sabri Yaakob ketika menghadiri Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2021 hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran Jeanelle Nika Mandagie mencuri perhatian umum ketika menemani datuknya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2021 di bangunan Parlimen hari ini.

Jeanelle, 4, yang merupakan anak sulung kepada pasangan usahawan dan pereka fesyen ternama, Datuk Jovian Mandagie dan Datin Nina Sabrina Ismail Sabri tidak kekok dengan perhatian yang diberikan media malah begitu manja terutama ketika berada di samping datuknya, seorang Perdana Menteri.

Malah, Jeanelle kelihatan bersahaja dan berjalan penuh yakin persis model cilik meniti pentas peragaan.

Menerusi perkongsian di Facebook Ismail Sabri, rata-rata pengguna media sosial memuji kecomelan Jeanelle selain menyifatkan kanak-kanak itu sebagai bijak.

Terdahulu, Ismail Sabri menghadiri sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang turut disertai oleh cucunya.

Dalam kenyataan di Facebooknya, Ismail Sabri berkata, kanak-kanak amat berharga di hatinya kerana mereka merupakan anugerah tuhan yang amat bererti.

“Saya percaya, adalah tidak memadai jika kita hanya memperuntukkan satu hari dalam setahun untuk memperingati hak dan keperluan yang sepatutnya dinikmati mereka,” katanya hari ini.

Perdana Menteri turut menyeru Keluarga Malaysia supaya lebih berusaha untuk melindungi kanak-kanak kerana mereka bakal menjadi pemimpin yang hebat pada masa akan datang.

“Setiap kanak-kanak mempunyai hak asasi untuk mendapatkan pendidikan dan membesar dalam suasana yang kondusif agar mereka mampu menjadi individu yang boleh mencapai potensi penuh serta mengejar impian mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN