PETALING JAYA: Sebanyak 4,854 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini sekali gus menunjukkan penurunan berbanding 5,859 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,586,601 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman https://covidnow.moh.gov.my. Data setiap hari bagi laman itu adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. -UTUSAN ONLINE










