PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) tahun 2021 akan dilaksanakan pada Februari dan Mac tahun 2022.
Menurut kenyataan kementerian itu, selaras dengan pengumuman sesi persekolahan Penggal 32021/2022 pada Isnin lalu, pihak kementerian menyediakan jadual waktu peperiksaan atau ujian SPM, STAM dan UPBA.
Katanya, jadual waktu peperiksaan atau ujian itu juga boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my mulai hari ini.
“Sehubungan itu, semua calon diingatkan merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh,
masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.
“Calon juga boleh merujuk Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 3.0,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Kementerian Pendidikan, garis panduan itu boleh didapati di portal rasmi KPM https://www.moe.gov.my/ dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19.