Calon PKR dipilih dari ‘nyiru paling halus’ - Utusan Malaysia

Calon PKR dipilih dari ‘nyiru paling halus’

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PKR) komited memilih calon paling berkredibiliti  walaupun belum memutuskan nama calon atau calon ketua menteri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, partinya sedang mengadakan perbincangan dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) agar tiada pertindihan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

“Kami masih berbincang mengenai pertindihan kecil ini dan saya fikir tidak akan ada berlaku pertindihan antara parti di satu-satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

“Akan ada pengagihan yang adil pada PRN kali ini,” jelasnya dalam Majlis Peluncuran Jentera PKR Sarawak.

Mengulas tentang pemilihan calon, Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson berkata pihaknya sudah cukup berhati-hati untuk memilih namun masih ada individu yang mudah beralih arah demi duit dan kuasa.

“Nyiru itu adalah yang cukup halus tetapi kadangkala tarikan wang ringgit dan kuasa terlalu kuat serta memukau sehinggakan ada orang yang memilih menyokong parti yang bertentangan dengan aspirasi rakyat Sarawak yang pelbagai agama dan kaum.

“Ada pula boleh merujuk dan memberikan sokongan kepada parti yang mendukung prinsip yang kononnya memperjuang satu kaum dan satu agama. Jadi boleh bayangkan, tarikan itu begitu kuat untuk bukan sekadar mengkhianati parti tetapi amanah rakyat yang diwakilinya,” jelasnya.

Anwar juga mengulas tentang syarat-syarat kerjasamanya Parti Sarawak Bersatu (PSB) termasuk untuk kekal bersatu.

“Yang utama, kita sebagai parti pembangkang mesti berada dalam posisi yang sentiasa bersatu tetapi sebagai parti yang baharu, PSB mesti boleh membantu PKR dalam mengenal pasti kerusi DUN yang memiliki potensi untuk dimenangi.

“Kita biarkan parti di Sarawak yang menentukan soal kerjasama ini dan pastinya akan ada tempohnya, mereka (PKR Sarawak dan PSB) akan menasihati kita apa kesannya pada pilihan raya kelak,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN