Calon BN bebas pendakwaan mahkamah - Utusan Malaysia

Calon BN bebas pendakwaan mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AYER KEROH : Semua 28 calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan sahaja bebas aktiviti jenayah dan rasuah, malah tidak pernah berhadapan pendakwaan mahkamah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, calon-calon diketengahkan BN melepasi tapisan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.

Oleh demikian kata beliau, perkara berkenaan sekali gus menepis tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa 28 calon BN dihimpit dengan soal integriti dan salah guna kuasa.

“Jika berhadapan tuduhan mahkamah sekali pun, seseorang itu tidak disabitkan bersalah sehingga keputusan di Mahkamah Persekutuan. Negara ini ada proses tertentu untuk membuktikan seseorang itu bersalah atau tidak.

“Ini fakta yang rakyat perlu teliti perkara ini yang sengaja ditimbulkan bagi mencetuskan persepsi negatif terhadap calon BN. Adakah calon mereka baik sangat?” jelasnya.

Ahmad berkata demikian dalam slot Sembang Politik PRN Melaka MMTV yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Utusan Online semalam.

Ahli Parlimen Pontian itu menjawab tohmahan yang dibangkitkan beberapa pihak terhadap 28 calon BN dengan mendakwa terdapat antara mereka berhadapan masalah integriti.

Pusingan kedua kempen PRN Melaka menyaksikan serangan peribadi kembali hangat diperkatakan di media sosial dan membabitkan sama calon BN.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN