Bukit Aman pantau gengster PRN - Utusan Malaysia

Bukit Aman pantau gengster PRN

ABD. JALIL Hassan ketika sidang akhbar di IPK Melaka, Bukit Beruang, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengerahkan 32 Pasukan Cantas Khas untuk mengesan dan mengagalkan cubaan sebarang bentuk kegiatan gengster atau samseng dicetuskan mana-mana pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, seramai 238 pegawai dan anggota terlibat dalam pasukan tersebut, termasuk 128 dari Bukit Aman dan 110 kakitangan dari kontinjen negeri seluruh negara.

“Pasukan ini ditubuhkan bagi mencantas mana-mana cubaan gengsterisme sama ada individu mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengganggu perjalanan PRN Melaka. 

“Walaupun berdasarkan maklumat setakat ini, tiada unsur-unsur sedemikian diperoleh, polis tidak mengambil mudah suasana tenang ini sehingga selepas proses pilihan raya,” katanya dalam sidang akhbar sempena Op PRN Melaka 2021 di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali dan Timbalannya, Datuk Razali Abu Samah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keberkesanan pasukan itu juga dapat dilihat dalam pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang, Johor pada 2011.

“Pada waktu itu, kita dapati pasukan ini cantas lebih awal elemen-elemen gengsterisme dalam suasana pilihan raya.

“Pasukan ini turut terdiri daripada detektif dari Bukit Aman yang berpakaian preman atau beruniform penuh untuk memastikan keselamatan awam,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya