BN janji pinda Kaedah Tanah Melaka - Utusan Malaysia

BN janji pinda Kaedah Tanah Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AYER KEROH: Barisan Nasional (BN) akan meminda Kaedah-Kaedah Tanah Melaka bagi mempermudahkan urus niaga tanah sekiranya diberikan mandat oleh rakyat dalam dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Calon Ketua Menteri BN, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, janji itu terkandung dalam manifesto BN bagi melakukan penambahbaikan urusan tanah termasuk permohonan pelanjutan tempoh pajakan.

“Kepada masyarakat Tionghua, sekiranya BN diberikan mandat baharu saya berjanji akan meminda Kaedah-Kaedah Tanah Melaka. 

“Dalam hal ini, pemilik tanah termasuk di kampung baru dan rumah kedai boleh memohon perlanjutan tempoh pajakan apabila  tempoh berbaki 10 tahun berbanding tempoh lebih lama sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN