Belum pertimbang nasib dua ADUN PN - Utusan Malaysia

Belum pertimbang nasib dua ADUN PN

SULAIMAN Md. Ali (tengah) memasuki Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kedudukan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu daripada Parti Perikatan (PN) dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) belum diputuskan. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, keputusan itu perlu melalui perbincangan bersama pucuk kepemimpinan Barisan Nasional (BN) dengan mengambil kira senario parti itu yang bertanding secara solo. 

“Meskipun pentadbiran Pusat masih di bawah kerjasama kerajaan PN, namun kita telah mencapai kemenangan secara solo dan itu perlu diambil kira. 

“Saya perlu mesyuarat terlebih dahulu dan  berbincang dengan pucuk pimpinan atasan, jadi apa jua keputusan dibuat pucuk pimpinan saya akan akur lah,” katanya.

Sulaiman berkata demikian kepada pemberita selepas memulakan tugas secara rasmi di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini. 

Terdahulu, Sulaiman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 pada pukul 12.58 malam semalam, sejurus BN menang besar dengan majoriti dua per tiga, sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN