fbpx

Banjir di Kedah pulih, semua PPS ditutup

ANGGOTA APM mengemas sebuah PPS yang ditutup selepas banjir pulih di Kedah. - IHSAN JPA

ALOR SETAR: Keadaan banjir di negeri ini pulih apabila semua pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup pada pukul 4 petang ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, seramai 30 mangsa banjir daripada sembilan keluarga yang ditempatkan PPS Dewan Cenderawasih, Pendang merupakan mangsa terakhir dibenarkan pulang pada hari ini.

Menurutnya, PPS tersebut ditutup sejurus kesemua mangsa banjir terlibat pulang ke rumah masing-masing.

“PPS Dewan Cenderawasih yang menempatkan 30 mangsa daripada sembilan keluarga telah dibenarkan pulang dan PPS itu ditutup pada pukul 4 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Untuk rekod, beberapa daerah di negeri ini iaitu Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu, Baling dan Sik dilanda banjir sejak hampir sebulan lalu.

Jumlah mangsa banjir yang paling tinggi dipindahkan di PPS di negeri ini adalah seramai 954 mangsa daripada 266 keluarga yang dicatatkan pada 5 November lalu. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN