Ahli Pas Masjid Tanah jelas arahan parti - Utusan Malaysia

Ahli Pas Masjid Tanah jelas arahan parti

IMRAN Abdul Rahman (tengah) bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar khas di Markas Pas Masjid Tanah di Masjid Tanah, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Pas Kawasan Masjid Tanah menjelaskan, tiada kekeliruan dalam kalangan akar umbi parti itu berhubung siapa yang patut mereka undi jika berlaku pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Yang Dipertuanya, Imran Abdul Rahman berkata, perkara itu sudah diputuskan dalam Muktamar Pas Ke-67 baru-baru ini dan setiap ahli wajib patuh arahan berkenaan.

Jelasnya, kenyataan yang dibuat seorang ahli Pas, Mokhtar Razak Badri yang mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan merupakan satu tindakan berniat jahat.

“Semua ahli Pas jelas dengan arahan Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung siapa yang perlu diundi. Hanya dia seorang sahaja yang keliru. Sebenarnya dia hanya ahli biasa, tiada jawatan dalam parti pun.

“Kami sedia maklum siapa yang berada di belakangnya dan mengambil sikap berhati-hati terhadap individu tersebut. Kalau lihat lokasi dia membuat pengakuan itu semalam, sudah jelaslah siapa dalangnya,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Pas Masjid Tanah di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Masjid Tanah, Nazri Ramli.

Mengulas lanjut, Imran berkata, wujud gerakan daripada pihak tertentu untuk memecah belahkan jentera dan sokongan ahli kepada PN.

Bagaimanapun katanya, sikap ‘wala’ dalam kalangan ahli Pas Masjid Tanah sangat tinggi dan kenyataan-kenyataan jahat yang dilemparkan menjelang hari pengundian langsung tidak menjejaskan jentera parti.

Sementara itu, Nazri memberitahu, beliau sangat mengenali individu berkenaan dan memang seorang yang sangat bermasalah.

Katanya, setakat semalam isu berkenaan dalam kawalan dan tidak memberi kesan besar kepada PN.

“Ada pihak yang mahu mengambil kesempatan untuk melakukan segala helah agar kerjasama erat Bersatu dan Pas dapat dipecahkan. Kami di peringkat jentera terus bergerak ke hadapan tanpa mahu memikirkan perkara remeh seperti ini,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN