3 lelaki maut, 3 lagi parah kemalangan dua kereta - Utusan Malaysia

3 lelaki maut, 3 lagi parah kemalangan dua kereta

KEMALANGAN membabitkan dua buah kenderaan yang meragut tiga nyawa di Kilometer 268 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Seremban awal pagi tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga lelaki maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 268 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah utara di sini, awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd. Asree Abd. Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.13 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian. 

“Setibanya anggota di sana didapati  tiga mangsa maut.

“Seorang lelaki yang maut menaiki kereta jenis Honda Accord manakala dua lagi menaiki kereta Perodua Bezza. 

“Kami difahamkan kesemua mangsa yang terlibat berusia awal 20-an dan dipercayai dari arah Seremban ke Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Jelasnya, kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN