27 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi - Utusan Malaysia

27 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi

PETUGAS SPR membantu pengundi OKU, Khairani Isa, 50, melaksanakan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, Alor Gajah. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi laman Twitter rasminya mengumumkan peratusan keluar mengundi setakat pukul 11 pagi tadi adalah 27 peratus.

SPR menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak, akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Keseluruhannya, sebanyak 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran dibuka dalam hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Pengundi juga dinasihatkan supaya keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya