Wartawan Maria Ressa, Dmitri Muratov menang Hadiah Nobel Keamanan

Wartawan Maria Ressa, Dmitri Muratov menang Hadiah Nobel Keamanan

Maria Ressa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO: Wartawan penyiasatan, Maria Ressa dari Filipina dan Dmitry Muratov dari Rusia memenangi Hadiah Nobel Keamanan pada hari Jumaat untuk karya mereka yang mempromosikan kebebasan bersuara ketika kebebasan akhbar semakin terancam.

Ressa, juga warga Ameriska Syarikat adalah pengasas bersama Rappler, sebuah syarikat media digital untuk kewartawanan penyiasatan.

Muratov adalah pengasas bersama akhbar bebas terkemuka Rusia, Novaya Gazeta.

Kedua-duanya diberi penghormatan “atas usaha mereka untuk melindungi kebebasan bersuara, yang merupakan prasyarat demokrasi dan keamanan yang berkekalan,” kata ketua Jawatankuasa Nobel Norway, Berit Reiss-Andersen.

“Mereka adalah wakil semua wartawan yang memperjuangkan cita-cita ini dalam dunia di mana demokrasi dan kebebasan akhbar berhadapan keadaan yang semakin buruk,” katanya.

Ressa, 58, satu-satunya wanita yang memenangi Hadiah Nobel setakat tahun ini, mengatakan hadiah itu menunjukkan bahawa “tidak ada yang mungkin tanpa fakta”, merujuk kepada hubungan antara demokrasi dan kebebasan bersuara.

“Dunia tanpa fakta bermaksud dunia tanpa kebenaran dan kepercayaan,” kata Resa yang selalu mengkritik dasar-dasar Presiden Filipina Rodrigo Duterte dalam wawancara langsung dengan Rappler.

Dia mengatakan kepada TV2 Norway bahawa penghormatan itu akan memberi dia dan rakan-rakannya “tenaga yang luar biasa untuk meneruskan perjuangan”.

Muratov mengabdikan separuh hadiahnya kepada enam wartawan dan penyumbang surat khabarnya yang terbunuh sejak tahun 2000, termasuk wartawan penyiasat terkemuka Anna Politkovskaya.

“Saya tidak boleh menerima penghormatan ini. Ini adalah untuk Novaya Gazeta,” katanya seperti yang dipetik dari agensi berita Rusia, TASS.

Akhbar itu pada hari Khamis memperingati 15 tahun sejak pembunuhan Politkovskaya.

Muratov juga mengatakan dia akan memberikan penghargaan itu kepada pengkritik Kremlin yang dipenjarakan Alexei Navalny. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya