Warga Myanmar didakwa bunuh rakan senegara  - Utusan Malaysia

Warga Myanmar didakwa bunuh rakan senegara 

SEORANG lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya pada 16 Oktober lalu. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Seorang warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya pada 16 Oktober lalu. 

Mengikut pertuduhan, Maung Thain Khain, 40, pada 16 Oktober lalu antara pukul 10.04 malam hingga 17 Oktober pukul 3.30 pagi di kilang di Taman Industri Mahsan, Bandar Seri Jempol, dengan sengaja telah menyebabkan kematian kepada Moe Naing, 36.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Di mahkamah yang sama, Thain Khain juga didakwa atas pertuduhan kedua, iaitu telah memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) (Pindaan 2002) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali serta enam kali sebatan.

Bagaimanapun, tertuduh tidak memahami kedua-dua pertuduhan tersebut walaupun ia dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Muhammad Hidayat Wahab. 

Mahkamah kemudiannya menetapkan 10 November depan sebagai sebutan semula kes.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwaan, Inspektor Zuria Anis Mahassan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dipercayai ditikam ketika mabuk bersama tiga rakan senegaranya dalam kejadian di sebuah kilang di Mahsan pada awal pagi.

Pada kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Moe Naing, 36, dipercayai meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah akibat ditikam di beberapa kali di bahagian badan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya