Wanita dicabul ketika berjoging seorang diri - Utusan Malaysia

Wanita dicabul ketika berjoging seorang diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang wanita yang berjoging seorang diri menghadapi detik menakutkan apabila dicabul lelaki bermotosikal di Taman Fasa 2J Seri Manjung, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa berusia 30-an merasakan punggungnya ditepuk sebelum melihat seorang lelaki bermotosikal dari arah belakangnya melarikan diri dari situ.

Mangsa yang terkejut dengan perbuatan itu kemudian menjerit meminta tolong sebelum membuat laporan polis tidak lama kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintenden Chong Bhoo Khim berkata, mangsa membuat laporan kejadian itu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada pukul 9.30 pagi.

“Mangsa berjoging di lokasi tersebut bersendirian sebelum datang sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki tidak dikenali dari arah belakang dan didakwa memukul punggungnya sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Bhoo Khim, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di situ dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN