Timbalan pimpinan Bersatu Perlis keluar parti kerana kecewa

Timbalan pimpinan Bersatu Perlis keluar parti

AMIER HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis, Amier Hassan mengumumkan peletakan jawatan serta keluar daripada parti berkuat kuasa hari ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, keputusan tersebut adalah kerana kecewa dengan kepemimpinan tertinggi Bersatu yang hanya fikir untuk mempertahankan kedudukan sendiri tanpa meletakkan fokus kepentingan parti sebagai keutamaan.

“Saya dah fikir lama tentang perkara ini kerana agak susah saya nak tinggalkan parti yang saya tubuhkan sendiri di sini. Pengorbanan dan wang ringgit semua dari diri sendiri, bukan duit parti kerana parti tiada duit untuk menjalankan gerak kerja.

“Tapi saya kecewa dengan kepemimpinan atasan yang tidak fikir untuk perkuatkan parti. Pada saya Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya seorang Ketua, tetapi bukan pemimpin. Dia pemimpin yang gagal,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Amier yang juga merupakan Ketua Bahagian Bersatu Arau turut berkata, pemakluman itu telah dihantar kepada Setiausaha Kerja Bersatu Malaysia, Datuk Muhammad Suhaimi Yahya pagi tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN