Tilawah johan kebangsaan bagi perkukuh didikan Islam

Peluang mendengar bacaan bekas-bekas juara tilawah al-Quran peringkat kebangsaan

POSTER Majlis Tilawah Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan terus komited dalam meninggikan syiar Islam di Malaysia walaupun negara masih bergelut dengan penularan wabak Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad dengan memberi contoh pelbagai program berbentuk keislaman dipergiatkan  di stesen penyiaran awam termasuk rancangan Majlis Tilawah Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan yang disiarkan secara langsung selama 90 minit bermula pukul 9 malam sepanjang lima hari berturut-turut.

Rancangan khas berkenaan dipancarkan secara langsung menerusi saluran TV1 RTM serta TV AlHijrah selain platform atas talian RTMklik dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menggantikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1442/2021 yang sepatutnya diadakan dari 13 Jun lalu selama enam hari di ibu negara namun terpaksa ditunda.

Ia menampilkan 14 qari dan 12 qariah bekas juara tilawah antaranya ialah Ahmad Tirmizi Ali, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohammad Badruzzaman dan Nor Farhatul Fairuzah Panut.

Kali terakhir acara berkenaan berlangsung ialah pada awal tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah melibatkan 108 peserta sebelum seluruh negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Idris berkata, program julung kali berkenaan sebenarnya bermatlamat mengajak umat Islam agar sentiasa menekuni serta menghayati ayat suci dari kalam Allah, dalam keadaan masyarakat berdepan dengan krisis kesihatan akibat isu pandemik, al-Quran perlu menjadi sahabat setia yang mampu memberi ketenangan apabila diba – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.