fbpx

8 Disember 2021, 12:07 pm

  TERKINI

Tiga ditahan terlibat kes pecah kedai, rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga lelaki ditahan dipercayai terlibat kejadian pecah rumah dan kedai kes kejadian berasingan di sekitar Kajang.

Tangkapan pertama melibatkan dua lelaki warga tempatan melibatkan kes pecah kedai di Puchong Jaya di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kedua-dua suspek ditahan di lokasi kejadian selepas polis menyerbu kawasan berkenaan kira-kira pukul 4 petang hari sama.

Katanya, kedua-dua suspek berusia lingkungan 40-an itu mengaku melakukan jenayah pecah kedai di sekitar daerah itu.

“Dalam tangkapan itu, polis turut menemukan semula barang yang dicuri mereka.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan serta siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Zaid berkata, tangkapan kedua melibatkan penahanan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah di Taman Kajang Prima di sini semalam.

Ujarnya, suspek berusia 29 tahun itu ditahan bersama beg galas yang mengandungi barangan yang dicuri.

“Polis merampas barangan curi bernilai RM24,000. Semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI