Tiada projek PR1MA terbengkalai  - Utusan Malaysia

Tiada projek PR1MA terbengkalai 

REEZAL Merican Naina Merican (kanan) bersama penerima unit kediaman, Nurrul Naqiah Sulaiman (kiri) melawat unit rumah selepas majlis penyerahan kunci rumah IKRAM Keluarga Malaysia di PPR Lembah Subang 2 di sini, hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Projek Perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang sebelum ini didakwa terbengkalai di seluruh negara hanya berstatus ‘sakit’. 

 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sehingga kini, tiada rumah di bawah projek berkenaan, tetapi yang ada hanya berstatus tidak progresif. 

 

“Rumah PR1MA tiada yang terbengkalai, yang ada, ‘sakit’. Masih ada lagi kontraktor penyelamat dibayar AD, tetapi itu (tidak) dinamakan terbengkalai,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan kunci sembilan penerima manfaat inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah Ikram Keluarga Malaysia) di Program Perumahan Rakyat (PPR), Lembah Subang 2. 

 

Menurut Reezal, sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini, satu jawatan kuasa akan ditubuh dan dipengerusikan oleh beliau sendiri bagi membolehkan pemantauan lebih tepat. 

 

“Insya Allah di bawah pendekatan baru ini, kita pastikan kaedah untuk menyelamatkan atau melaksanakan projek-projek dapat dilakukan sebaik mungkin 

 

“Dulu modelnya tidak solid dan sustainable. PR1MA menggunakan pendekatan empat purchase atau en bloc sale dan itu menyebabkan risiko ditanggung oleh PR1MA. 

 

Tambah beliau, ini kerana PR1MA perlu menjual, manakala pembina dan tuan tanah tidak menanggung apa-apa dan akhirnya PR1MA terpaksa menjadi penyelamat apabila ia tidak dapat dijual. 

 

“Tetapi sekarang modelnya lebih berkonsep berkongsi risiko antara tuan tanah dan pemaju,” katanya. 

 

Ujarnya, sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini juga, pihaknya akan memanggil dan berbincang dengan mana-mana ahli Parlimen kawasannya yang terlibat bagi mencari penyelesaian yang lebih tuntas. 

 

“(Kita akan) lihat secara rentas mencari kesan lebih tuntas dalam soal kediaman mampu bilik melalui di bawah PR1MA.

 

“Insya Allah saya akan beri laporan berkala untuk projek-projek PR1MA yang berjaya selesai keluar daripada projek-projek sakit,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN