Tiada pengesahan dari Thailand, Australia mengenai 'penghijrahan' Sajat - Utusan Malaysia

Tiada pengesahan dari Thailand, Australia mengenai ‘penghijrahan’ Sajat

MUHAMMAD SAJJAD KAMARUZZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum mendapat sebarang pengesahan berhubung dakwaan usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat, yang ditahan pihak berkuasa Thailand sebelum ini kini berada di Australia.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, tiada sebarang pengesahan diperoleh daripada pihak Thailand mahupun Australia.

“Kita belum dapat pengesahan dari kedua-dua negara berkenaan,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Ditanya tindakan kekasih kepada usahawan kosmetik itu yang cuba mencetuskan kontroversi terhadap dirinya, Jalil memberitahu, perkara seumpama itu adalah asam garam dalam penugasan harian sebagai pegawai polis.

“Saya dan anggota-anggota lain dalam PDRM akan tabah menghadapi perkara ini dan akan melaksanakan penugasan berdasarkan undang-undang negara,” jelasnya.

Kelmarin, Nur Sajat menerusi media sosialnya mendakwa sudah berada di Australia.

Usahawan itu memaklumkan sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia, dan secara rasmi berhijrah ke negara itu dengan bantuan kerajaan Australia, ketika sesi siaran langsung menerusi laman sosial itu.

Nur Sajat dalam perkongsian bersama pengikutnya menegaskan tidak melarikan diri sebaliknya hanya berhijrah.

Dalam pada itu, kekasih Nur Sajat, dikesan cuba mencetuskan kontroversi apabila Jad Issa yang juga seorang warga Lubnan melalui akaun Instagram, Jadooss memuat naik gambar Abd.  Jalil yang ditokok tambah dipercayai dengan niat mempersenda. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya