Tiada kes kerangan dicemari toksin di Perak - Utusan Malaysia

Tiada kes kerangan dicemari toksin di Perak

RAZMAN Zakaria (tengah) menyerahkan Sijil MyGaP kepada peserta pada Program Penyerahan Kit Pertanian Bandar di Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Hasil kerang-kerangan dari perairan di negeri ini tidak dicemari toksin dan selamat untuk dimakan.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, kejadian kerang-kerangan di kawasan Sungai Geting di Kelantan yang dicemari toksin saraf daripada alga berbahaya iaitu alexandrium minutum, tidak berlaku di Perak.

“Kejadian kerang bertoksin di perairan Sungai Geting tidak berlaku di mana-mana perairan negeri ini dan tiada kes kerang-kerangan dari negeri itu dibawa masuk ke dalam pasaran negeri ini.

“Kerang di pasaran di negeri ini adalah sumber tempatan dan hanya sedikit daripada Selangor dan Pulau Pinang. Perak mencatat pendaratan kerang tertinggi berbanding negeri lain iaitu 14,860 tan metrik pada tahun lalu,”  katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan Sijil MyGap pada Program Kit Pertanian Bandar di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pertanian negeri, Norsiyenti Othman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selinsing, Mohamad Noor Dawoo.

Mengenai dakwaan yang tular kononnya sebuah premis di Ipoh membawa masuk dan menjual kerang-kerangan jenis etok yang dibeli dari Tumpat, Kelantan, Razman berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan itu.

“Hasil kerang-kerangan di perairan Perak selamat untuk dimakan, tiada kes alga berbahaya dari spesis alexandrium minutum direkodkan di perairan negeri ini.

“Berhubung tular kes kerangan dari Tumpat dibawa masuk ke pasaran negeri ini, kita tidak maklumat mengenainya.

“Cuma saya menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati dan bertanya dari penjual dari mana sumber kerang-kerangan itu diperoleh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN