Tekong cedera terkena bilah kipas enjin bot - Utusan Malaysia

Tekong cedera terkena bilah kipas enjin bot

ANGGOTA Maritim Malaysia memeriksa kecederaan dialami oleh Saithongthae Sutham selepas terkena bilah kipas enjin bot nelayan kelas C di kedudukan enam batu nautika dari muara Kuala Kedah, Alor Setar semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang tekong warga Thailand terpaksa menahan kesakitan apabila kaki kirinya cedera akibat terkena bilah kipas enjin bot nelayan kelas C di kedudukan enam batu nautika dari muara Kuala Kedah dekat sini semalam.

Mangsa, Saithongthae Sutham, 53, mengalami kecederaan itu ketika cuba melepaskan tali yang terbelit pada kipas enjin kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari pemilik bot, Thng Ian Wei sebelum mengarahkan bot Perkasa 1226 ke lokasi kejadian.

“Mangsa terus dibawa ke Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah sebelum dibawa ke sebuah pusat perubatan swasta di sini untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, mangsa kemudian dikejarkan ke Kedah Medical Centre (KMC) di sini untuk rawatan lanjut.

Beliau pada masa sama mengalukan orang ramai untuk melaporkan sebarang maklumat dan kejadian kecemasan yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Kedah di talian 04-731579.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN