Team Selangor tawar peluang jadi sukarelawan edar air - Utusan Malaysia

Team Selangor tawar peluang jadi sukarelawan edar air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pasukan sukarelawan Selangor, Team Selangor menawarkan peluang kepada penduduk di negeri ini untuk menjadi sukarelawan susulan kerja penyelenggaraan aset kritikal di loji rawatan Sungai Selangor Fasa 1, hari ini.

Selangor Lestari By Team Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, sukarelawan terbabit akan mengedarkan air ke kawasan terlibat bermula esok 16 Oktober ini.

“Individu berminat boleh mendaftar di bit.ly/SukarelawanAirTeamSelangor dan akan dihubungi mulai Isnin ini atau hubungi talian 013-5305378,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan bermula 13 hingga 16 Oktober, kerja penyelenggaraan melibatkan pengguna di 998 kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Sehubungan itu Pengurusan Air Selangor Sdn Berhad (Air Selangor) mengingatkan kepada pengguna di kawasan terkesan menyimpan bekalan air secukupnya.

Sebanyak 105 lori tangki air akan digerakkan ke kawasan berkenaan selain 18 pili air awam disediakan mulai 14 hingga 16 Oktober demi kemudahan pengguna sepanjang tempoh itu.

Senarai lengkap kawasan terlibat, pili air awam dan stesen pengisian air setempat boleh didapati di laman pautan http://hentitugas.airselangor.com. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN