Tak sekat rakyat Malaysia kerja di luar negara - Utusan Malaysia

Tak sekat rakyat Malaysia kerja di luar negara

M. SARAVANAN kemasukan pekrja asing mulai April ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak pernah menyekat mana-mana rakyat Malaysia yang ingin bekerja di luar negara tertakluk kepada terma, syarat dan perundangan di negara berkenaan. 

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, terdapat ramai rakyat Malaysia bermastautin di luar negara untuk mencari rezeki termasuk Singapura yang dianggarkan sebanyak 400,000 orang di negara jiran tersebut.  

Katanya, terdapat kekeliruan mengenai sekatan kepada rakyat Malaysia untuk bekerja di luar negara baru-baru ini, berkemungkinan berkait penjelasan isu Skim Pekerja Sektor Perladangan di Australia oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia semasa sesi jawapan lisan di Dewan Negara pada 11 Oktober lalu. 

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Dr. Justin Lee pada 7 September lalu berhubung visa perladangan yang diumumkan Kerajaan Australia. 

“Ini kerana kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Australia masing-masing menghadapi masalah yang sama iaitu kekurangan guna tenaga dalam sektor perladangan, selain kebergantungan tinggi terhadap guna tenaga asing dalam sektor ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, senario di Australia dan Malaysia agak mirip iaitu sektor perladangan kebanyakannya melibatkan kerja 3D ‘Dangerous, Dirty and Difficult’ (kotor, bahaya dan sukar) menyebabkan ramai pekerja tempatan tidak berminat untuk menceburkan diri dalam sektor tersebut.

Oleh demikian, katanya, Kerajaan Australia memperkenalkan visa perladangan bagi menangani kekurangan pekerja sektor tersebut, namun pendekatan yang diguna pakai  Australia tidak akan diikuti Malaysia kerana ia menjurus kepada penawaran sebagai status penduduk tetap. 

 “Hal ini tiada kaitan sama sekali dengan sekatan untuk rakyat Malaysia bekerja di luar negara termasuk Australia,” jelasnya. 

Pada 11 Oktober lalu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim dilaporkan berkata, Malaysia memutuskan untuk tidak akan mengguna pakai pendekatan yang diguna pakai Australia berhubung Skim Visa Buruh Ladang dalam sektor pertanian kerana ia menjurus kepada penawaran sebagai penduduk tetap.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN