Tahniah Idris, kata Mat Sabu  - Utusan Malaysia

Tahniah Idris, kata Mat Sabu 

MOHAMAD Sabu (tengah) bersama Idris Haron (kiri) dan Adly Zahari dalam satu pertemuan dipercayai di Melaka. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengakui beliau bertemu dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang ke negeri ini, malam tadi. 

Idris ketika dihubungi memberitahu, bagaimanapun pertemuan yang turut disertai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari itu hanyalah sekadar pertemuan biasa bagi mengucapkan tahniah. 

Jelas Idris, ucapan itu disampaikan secara bersemuka oleh Mohamad Sabu atas tindakan beraninya menarik sokongan terhadap bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali. 

“Beliau (Mohamad Sabu) datang untuk ucapkan tahniah susulan tindakan saya yang disifatkannya berani. 

“Memanglah kena ada orang-orang yang berani buat macam ni, jika tidak kemungkaran akan berterusan,” katanya. 

Terdahulu, sekeping gambar berkaitan pertemuan itu turut tular dalam laman sosial dan menimbulkan pelbagai spekulasi serta reaksi netizen.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN