‘Susahkan’ antivaksin, Khairy bidas Anwar - Utusan Malaysia

‘Susahkan’ antivaksin, Khairy bidas Anwar

KHAIRY JAMALUDDIN dan ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan, kerajaan telah sehabis usaha memberi penerangan berhubung kebaikan dan keberkesanan vaksin Covid-19 sejak awal lagi.

Malah, kata beliau, pihaknya telah mengemukakan segala bukti dan saintifik berhubung pelalian tersebut dan usaha itu tidak pernah terhenti.

“Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul. Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid-19 dari awal lagi. Kita terus memberi penerangan. 

“I’m sorry, i have to be firm on this issue. Call me dajjal or whatever. (Saya minta maaf, saya kena tegas dalam isu ini. Panggilah saya dajal atau sebagainya),” kata Khairy menerusi ciapan Twitter beliau hari ini.

Khairy merujuk kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan kenyataan beliau yng akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan antivaksin jika mereka terus menolak penerimaannya sebagai satu langkah sombong.

Menurut Anwar, menjadi usaha kerajaan memastikan semua rakyat di negara ini menerima vaksin adalah dengan menggunakan kaedah merayu dan mendidik golongan ini mengenai kelebihan vaksin bagi menentang Covid-19.

Sebelum ini, Khairy menegaskan Kementerian Kesihatan komited untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin malah akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan antivaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya