Sultan Sharafuddin sukacita 85 peratus rakyat Selangor selesai vaksin - Utusan Malaysia

Sultan Sharafuddin sukacita 85 peratus rakyat Selangor selesai vaksin

SULTAN Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Amir Shah berkenan menerima menghadap Khairy Jamaludin Abu Bakar di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa sukacita apabila 85 peratus rakyat negeri ini sudah divaksin sepenuhnya.

 Perasaan itu dizahirkan baginda selepas berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.

Turut berangkat Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Istana Bukit Kayangan, Sultan Sharafuddin diberi taklimat mengenai perkembangan terkini penularan wabak Covid-19 terutama di negeri ini.

“Baginda sukacita apabila dimaklumkan bahawa peratusan rakyat Selangor yang telah divaksin sepenuhnya kini mencecah 85 peratus.

“Dalam pertemuan itu, Khairy (Menteri Kesihatan) turut menyampaikan laporan terkini mengenai isu antivaksin dan tindakan yang sedang diambil pihak kementerian,” katanya.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin dan Khairy membincangkan mengenai kepentingan penambahan fasiliti Geriatrik di hospital bagi menampung peningkatan populasi warga emas.

“Baginda turut menyarankan agar tumpuan dan pelan jangka pendek diberikan kepada penyediaan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental.

“Dua perkhidmatan itu perlu berkualiti dan lebih meluas khususnya di Selangor,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya