‘Sudah 8 tahun, bila rumah nak siap?’ - Utusan Malaysia

‘Sudah 8 tahun, bila rumah nak siap?’

HASSAN Abdul Karim (kanan) bertemu dengan sebahagian pembeli yang berdepan masalah rumah terbengkalai di Taman Seri Molek Perdana, Plentong di Johor. – UTUSAN/MOHAMAD FAIZAL HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kira-kira 1,000 pembeli rumah di Taman Seri Molek Perdana, Plentong, di sini sudah bosan dengan pelbagai alasan diberikan pihak pemaju setelah rumah yang dibeli sejak 2010 masih terbengkalai.

Seorang pembeli, Haslieyana Masrun, 38, berkata, pihak pemaju tidak seharusnya hanya pandai menabur janji sebaliknya mengadakan pertemuan de­ngan pembeli dan menceritakan perkara sebenarnya yang berlaku.

Katanya, dia sudah tidak tahan lagi untuk menetap bersama lima anaknya berusia 15 bulan hingga 17 tahun di kawasan setinggan di Kampung Melayu Pandan, dekat sini.
“Mengikut perjanjian yang perjanjian jual beli (S&P) yang dimeterai pada 2010, projek perumahan melibatkan enam blok itu itu dijadualkan siap sepenuhnya pada 2013.

Namun setelah lapan tahun berlalu, hanya Blok F yang sudah siap.

“Projek perumahan yang sudah dua kali bertukar tangan kepada dua subkontraktor itu menambah keraguan kami yang perlukan penjelasan mengenai status rumah tersebut yang belum siap sepenuhnya.

HASLIEYANA MASRUN, NORYUZI ROSLI dan ROZITA MOHD SALLEH

 

 

 

 

 

 

“Saya sudah tidak larat lagi nak tinggal di rumah setinggan yang dalam keadaan daif sementara menunggu rumah ini siap. Bukan tak mahu pindah, namun ia akan menyebabkan perbelanjaan turut meningkat,” katanya ketika ditemui, semalam.

Seorang lagi pembeli, Rozita Mohd. Salleh, 50, berkata, alasan terbaharu diberikan pemaju adalah faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19 yang menyebabkan projek itu terus tertangguh.

“Sebelum ini, mereka janji untuk menyiapkan pada hujung tahun ini namun tarikh itu dianjakkan pada Jun tahun depan pula. Sudah banyak kali tertangguh dan janji yang ditabur itu tidak pernah ditepati.

“Saya terpaksa membayar dua rumah ketika ini. Masalah kelewatan ini sudah banyak kali diajukan kepada pemaju tetapi tiada tindakan dan SPNB juga yang bertanggungjawab membina projek itu kini seolah-olah lepas tangan,” katanya.

Bagi Noryuzi Rosli, 40, pemaju tidak boleh hanya berpeluk tubuh dalam soal itu sebaliknya perlu memberikan tekanan kepada kontraktor untuk mengutamakan projek perumahan tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mendengar permasalahan dialami pembeli ketika mengadakan lawatan ke kawasan perumahan yang terbengkalai itu berkata, beliau akan bertemu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagi mencari penyelesaian kerana rumah itu sudah 96 peratus siap.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN