Solo atau kerjasama, MT tentukan Khamis ini - Utusan Malaysia

Solo atau kerjasama, MT tentukan Khamis ini

NAJIB Tun Razak (kiri) dan Ab. Rauf Yusoh (dua dari kanan) ketika bersarapan pagi di  Abah Shan Station Pengkalan Balak, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kata putus sama ada Barisan Nasional (BN) bergerak solo atau mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bakal ditentukan Khamis ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, keputusan berkenaan ditentukan Majlis Tertinggi (MT) parti, manakala soal pembahagian kerusi pula diputuskan esok oleh Dewan Tertinggi BN.

“UMNO belum lagi memutuskan sama ada bertanding solo atau bergabung dengan mana-mana parti. Kita tunggu keputusan mesyuarat MT, Khamis ini.

“Soal pengagihan kerusi di peringkat BN juga akan diputuskan pada mesyuarat presiden parti yang mana saya dikhabarkan esok,” katanya selepas program Ziarah Kasih bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Masjid Tanah dan Londang, di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan, tidak akan ada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang PRN Melaka, 20 November ini. 

Menurutnya, keputusan itu adalah muktamad seperti mana telah dibuat oleh semua perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya