Sekali lagi nama digugurkan, Rita Rudaini dakwa didiskriminasi - Utusan Malaysia

Sekali lagi nama digugurkan, Rita Rudaini dakwa didiskriminasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nama pelakon terkenal, Rita Rudaini sekali lagi digugurkan salah sebuah produksi yang didakwanya hanya kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pelakon filem popular Mami Jarum itu memuat naik perkhabaran tersebut di Instastorynya dan turut menzahirkan luahan hatinya berkenaan perkara itu.

Menurut Rita, dia mendakwa ia mempunyai unsur diskriminasi antara penerima vaksinasi dengan individu yang belum mengambil suntikan tersebut.

“Sekali lagi, saya digugurkan dari job yang sudah lama pasti. Hanya kerana ‘SOP MKN’, SOP diskriminasi. Kenapa perlu ada ujian calitan lagi nak bekerja jika dah vaksin?

“Sama sahaja dengan SOP sebelum sampainya vaksin ini, semua patuh SOP perlu membuat ujian calitan dahulu sebelum kerja. Jadi apa bezanya dengan sekarang? Jangkit? Pembawa? Bukan ke yang vaksin pun boleh jadi pembawa. Apa bezanya?

“Okey, bezanya memang nak ‘paksa’ walaupun kata ‘tidak wajib. Bezanya sekarang Malaysia negara diskriminasi. Yang dalam kesusahan sampai kena naik bendera putih, tak nak pergi cari. Belum vaksin ini pula kerah usaha pergi cari rumah ke rumah,” luahnya di Instastory.

Mengulas lanjut, dia juga memberitahu ada pihak yang menawarkan kepadanya vaksin palsu, namun pelakon itu menolak dengan alasan mahu mencari rezeki halal.

“Ada pihak menawarkan kepada saya vaksin tipu-tipu untuk senang bekerja. Tetapi maaflah, saya mencari rezeki dengan ikhlas. Saya tidak perlu nak tipu diri sendiri dan juga orang lain hanya untuk memuaskan SOP kerajaan.

“Kerana rezeki kita semua di muka bumi ini, Allah yang pegang. Bagi saya, ini satu ujian Dia kepada saya. Dia ingin melihat saya sabar atau kecundang dengan ujianNya.

“Rezeki kita semua sudah tertulis dan saya percaya dengan aturanNya, Dia gugurkan sehelai daun pun ada sebab. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua,” tulisnya panjang.

Terdahulu, Rita mendedahkan dirinya digugurkan salah satu produksi selepas menimbulkan tanda tanya ramai pihak mengenai kesahihan pernah ditolak dari naskhah 100 episod.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya