"Secara rasminya, aku Presiden Kelab Duda Terlajak Konar" - Sharnaaz Ahmad - Utusan Malaysia

“Secara rasminya, aku Presiden Kelab Duda Terlajak Konar” – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gembira dengan berita pernikahan sahabat baiknya, Fizo Omar semalam, pelakon, Sharnaaz Ahmad secara berseloroh melantik dirinya sendiri sebagai presiden Kelab Duda Terlajak Konar berkuat kuasa hari ini.

Menerusi Instastorynya, Sharnaaz turut ‘mengumumkan’ pelantikan ahli majlis tertinggi kelab tersebut, Nazim Othman dan Azlee Khairi selapas Fizo secara rasmi ‘meninggalkan’ kelab itu.

“Tahniah! Selamat tinggal Fizo. Secara rasminya aku melantik diri aku sebagai presiden Kelab Duda Terlajak Konar (KDTK).

“Di samping ahli majlis tertinggi, Nazim Othman dan Azlee Khairi,” tulisnya.

Fizo sebelum ini juga secara berseloroh di Instagram memuat naik gambar dengan menyatakan dia menarik diri daripada kumpulan selebriti berstatus duda.

“Abang Joe left group ‘recond’ dulu okey. Apa-apa roger,” katanya.

Fizo selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya yang juga bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz, pada jam 10 pagi semalam.

Mmajlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang, dengan kehadiran keluarga terdekat sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.